WE ARE 1996 :)

PERHATIAN !! KUMPULAN INI HANYA UNTUK NINETY-SIXER SAHAJA . Kumpulan ini pada mulanya ditubuhkan oleh Faris Akmal (anda boleh menghubungi beliau padut) di myspace dan sehingga pertengahan Mac 2010, kumpulan kami di myspace telah mencatatkan 3001 membership . Kami mengembangkan lagi empayar rangkaian kami di laman sosial FACEBOOK. Kini group kami di FACEBOOK sudah mencecah seramai 545 orang ahli . Marilah kita support ramai-ramai group ini . Majulah kami untuk negara . Slogan kami adalah "Smart.Stylo.Sporting" tekan sini untuk ke group fb kami Photobucket

♥ Ingatlah Kepada Allah ♥

Posted by afz |

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,
ingatlah.. kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi

Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi... Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada siapa di sisi sudi menemanimu,
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar

Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa

Comments (2)

Nice group + nice entry :))

Thanx .

Post a Comment

Followers